Surat Lestari
1 ) SURAT MPTI
Ruj.Tuan :
Ruj.Kami
:SMK.HM.Pk/SL(1)
Tarikh : 6HB OKT 2011
Kepada,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Teluk Intan,
36000 Teluk Intan
Perak
Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang telah dipilih sebagai Sekolah Lestari oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS),Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan kini sedang melaksanakan Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar) bagi tahun 2011-2012.
3. Untuk pengetahuan pihak tuan,program ini bertujuan membantu sekolah ini memperkukuhkan proses pendidikan alam sekitar iaitu menerapkan kesedaran warga sekolah ini,komuniti setempat,pihak swasta,badan bukan kerajaan(NGO) dan kerajaan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengan Dasar Alam Sekitar Negara.
4. Oleh demikian,pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan agar
dapat memberikan sumbangan kepada pihak sekolah ini terutamanya sumbagan membekalkan beberapa jenis pokok-pokok dan bunga-bunga bagi menjayakan usaha untuk program penghijauan persekitaran kawasan sekolah.Senarai jenis pokok-pokok dan bunga-bunga yang ingin pihak sekolah mohon adalah seperti yang dinyatakan dalam lampiran.
5. Sehubungan itu,segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Daripada:
………………………………………………
………………………………………………
……………………………………………...
……………………………………………..
Ruj.Tuan:
Ruj.Kami:
SMK.HM.Pk/SL(1)
Tarikh :
Pengetua,
SMK Hutan Melintang,
36400 Hutan Melintang,
Perak Darul Ridzuan.
(U.P: )
Tuan,
SUMBANGAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI(ANUGERAH ALAM SEKITAR) TAHUN 2011-2012
Merujuk seperti perkara di atas,dengan ini pihak kami bersetuju/tidak bersetuju untuk memberikan sumbangan seperti yang dipohon oleh pihak tuan.
2.Kami berharap semoga Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar) sekolah tuan akan mencapai kejayaan yang sewajarnya dengan usaha yang telah ditunjukkan.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
LAMPIRAN
Senarai jenis pokok-pokok dan bunga-bunga yang diperlukan
BIL JENIS POKOK DAN BUNGA
KUANTITI
1 JARUM 40
2 YTT(YESTERDAY,TODAY,TOMORROW
40
3 BUCIDA 10
4 RUELLIA 20
5 FOX (EKOR MUSANG) 10
6 KESENAI 5
7 BUNGA KERTAS 30
8 MERAWAN SIPUT JANTAN 20
9 TIARA PAYUNG 20
10TANJUNG 30
2) SURAT RASMI LESTARI
Ruj.Tuan :
Ruj.Kami
:SMK.HM.Pk/SL(1)
Tarikh :
Kepada,
………………………………………
………………………………………
………………………………………
Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang telah dipilih oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS),Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan sedang melaksanakan Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar) bagi tahun 2011-2012.
3. Untuk pengetahuan pihak tuan,program ini bertujuan membantu sekolah ini memperkukuhkan proses pendidikan alam sekitar iaitu menerapkan kesedaran warga sekolah ini,komuniti setempat,pihak swasta,badan bukan kerajaan(NGO) dan kerajaan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengan Dasar Alam Sekitar Negara.
4. Oleh demikian,pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan untuk memberi sumbangan samada dalam bentuk kewangan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan alam sekitar bagi membiayai kos Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar). Sumbangan pihak tuan dalam bentuk kewangan boleh dibuat dalam bentuk wang pos/cek/tunai kepada KOPERASI SM HUTAN MELINTANG BHD,Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang, 36400 Hutan Melintang,Perak.
5. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Daripada:
………………………………………………
………………………………………………
……………………………………………...
……………………………………………..
Ruj.Tuan:
Ruj.Kami:
SMK.HM.Pk/SL(1)
Tarikh :
Pengetua,
SMK Hutan Melintang,
36400 Hutan Melintang,
Perak Darul Ridzuan.
(U.P: )
Tuan,
SUMBANGAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI(ANUGERAH ALAM SEKITAR) TAHUN 2011-2012
Merujuk seperti perkara di atas,dengan ini kami…………………………………………………
Ingin memberikan sumbangan seperti di bawah:
( ) Tunai bernilai
RM……………………………
( ) Cek bernilai(No.Cek:………………………………..)
RM……………………………
2.Kami berharap semoga Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar) sekolah tuan akan mencapai kejayaan yang sewajarnya dengan usaha yang telah ditunjukkan.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
3) SURAT TERIMA KASIH
Ruj.Tuan :
Ruj.Kami
:SMK.HM.Pk/SL(1)
Tarikh : 16HB OKT 2011
Kepada,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Teluk Intan,
36000 Teluk Intan
Perak
Tuan,
Merujuk perkara di atas,Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang ingin melahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan atas sumbagan pokok dan bunga yang pihak kami terima baru-baru ini.
2.Justeru dengan sumbangan yang telah pihak kami terima daripada pihak Majlis dapat membantu menjayakan Program Sekolah Lestari.
3. Sehubungan itu,segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Sumbangan BUNGA dan POKOK DARIPADA
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
KEPADA SMK HUTANMELINTANG UNTUK MENJAYAKAN SEKOLAH lESTARI
PADA 12/10/2011
SMK HUTAN MELINTANG
36400 HUTAN MELINTANG, PERAK DARUL RIDZUA
Rabu, 18 Mei 2016
Surat balas lestaro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan