MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROGRAM MAJLIS KHATAM HAFAZAN AL-QURAN 2011
Assalamualaikum w.r.t.
Tuan2/Puan2 yang terbaca post ni, adik saya baru saja menamatkan pengajian tahfiz di Darul Quran, dan pada tahun ini, JAKIM tidak memberi sebarang peruntukan untuk majlis khatam Al-Quran mereka. Jadi, jika tegerak hati tuan/puan untuk memberi sumbangan, sila lah teruskan membaca kandungan surat rasmi daripada pelajar-pelajar Darul Quran yang akan menjalankan majlis ini tidak lama lagi. Selain daripada memberi sumbangan/derma ikhlas, tuan/puan juga boleh menjelaskan zakat harta yang wajib ditunaikan oleh semua umat islam. Terpulanglah, ini semua bergantung kepada keikhlasan hati masing-masing :)
Syukran :D
Berikut merupakan isi kandungan surat tersebut:
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Darul Quran JAKIM akan mengadakan Majlis Khatam Hafazan Al-Quran 2011. Butiran maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh : 16 April 2011 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Kompleks Darul Quran JAKIM
3. Program ini diadakan untuk meraikan bakal graduan Program Persijilan Tahfiz DQ-UIAM sesi 2010/2011 yang telah berjaya menamatkan hafazan Al-Quran mereka.
4. Untuk makluman pihak Tuan/ Puan, anggaran perbelanjaan program tersebut adalah sebanyak RM 9,270. Bersama surat ini saya sertakan implikasi kewangan bagi majlis tersebut (Sila rujuk lampiran 1). Oleh itu, pihak kami amat memerlukan sumbangan kewangan bagi menampung kos pembiayaan program tersebut. Besarlah harapan pihak kami sekiranya pihak Tuan/ Puan sudi untuk menghulurkan sebarang sumbangan dan bantuan bagi memastikan program ini berjalan lancar. Sumbangan pihak Tuan/ Puan bolehlah disalurkan melalui Cek / Draf Bank / Kiriman Wang atas nama:
FARIS BIN MOHD NASIR
UNIT TAJAAN DAN SPONSOR
MAJLIS KHATAM HAFAZAN AL-QURAN 2011
INTELLECTUAL QURANIC GENERATION CLUB (IQRaC)
PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN
(PERKEMAT DQ)
NO AKAUN : 164780028105 (MAYBANK)
5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
Saudara Zuhair bin Muhammad Asri (019-4720829)
Saudara Faris bin Mohd Nasir (013-6978953)
Saudari Nurdiyana binti Zwlkifli (019-6065657)
Saudari Siti Nurain binti Mahayuddin (013-5918084)
6. Segala kerjasama, perhatian dan sumbangan yang diberikan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga apa yang kita usahakan akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.
“HUFFAZ PROFESIONAL PENERAJU KEGEMILANGAN UMMAH”
Yang menjalankan tugas,
…………………………………………
(ZUHAIR BIN MUHAMMAD ASRI)
Pengarah Program,
Majlis Khatam Hafazan Al-Quran 2011,
Intellectual Quranic Generation Club (I.Q.RaC),
Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz (PERKEMAT DQ).
IMPLIKASI KEWANGAN
MAJLIS KHATAM HAFAZAN AL-QURAN 2011
BIL. PERKARA ANGGARAN JUMLAH
1. Teknikal & Persiapan
I.
Persiapan dewan dan pentas
II.
Bunga telur
III.
Bunga manggar
RM 2000 x 1
RM 50 x 3
RM 10 x 2
RM 2000
RM 150
RM 20
2. Penerbitan & Informasi
I.
Percetakan Buku Majlis Khatam:
·
Pensyarah Tasmi’
· Ibu bapa
· VIP
RM 15 x 20
RM 15 x 100
RM 20 x 50
RM 300
RM 1500
RM 1000
3. Cenderahati :
I.
Pelajar yang diraikan
II.
Ibu bapa
III.
Pensyarah tasmi’
IV.
VIP
V.
Ibtihal
VI.
Pemain kompang
VII.
Pembawa bunga manggar
Bunga rosette
I.
Pelajar yang diraikan
II.
Pensyarah Tasmi’
III.
Ibtihal
IV.
Pemain kompang
V.
Pembawa bunga manggar
RM 5 x
100
RM 10 x
100
RM 10 x
20
RM 10 x
50
RM 10 x
10
RM 10 x
8
RM 10 x
2
RM 5 x 100
RM 5 x 20
RM 5 x 10
RM 5 x 8
RM 5 x 2
RM 500
RM 1000
RM 200
RM 500
RM 100
RM 80
RM 20
RM 500
RM 100
RM 50
RM 40
RM 10
4. Persegaran :
I. Sarapan & minum pagi
RM 2 x 200 RM 400
5. Tugas-tugas Khas :
I. Kain jubah pensyarah
RM 40 x 20 RM 800
JUMLAH KESELURUHAN
contoh surat
Rabu, 18 Mei 2016
Sumbangan majlis khatam
Surat balas lestaro
Surat Lestari
1 ) SURAT MPTI
Ruj.Tuan :
Ruj.Kami
:SMK.HM.Pk/SL(1)
Tarikh : 6HB OKT 2011
Kepada,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Teluk Intan,
36000 Teluk Intan
Perak
Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang telah dipilih sebagai Sekolah Lestari oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS),Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan kini sedang melaksanakan Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar) bagi tahun 2011-2012.
3. Untuk pengetahuan pihak tuan,program ini bertujuan membantu sekolah ini memperkukuhkan proses pendidikan alam sekitar iaitu menerapkan kesedaran warga sekolah ini,komuniti setempat,pihak swasta,badan bukan kerajaan(NGO) dan kerajaan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengan Dasar Alam Sekitar Negara.
4. Oleh demikian,pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan agar
dapat memberikan sumbangan kepada pihak sekolah ini terutamanya sumbagan membekalkan beberapa jenis pokok-pokok dan bunga-bunga bagi menjayakan usaha untuk program penghijauan persekitaran kawasan sekolah.Senarai jenis pokok-pokok dan bunga-bunga yang ingin pihak sekolah mohon adalah seperti yang dinyatakan dalam lampiran.
5. Sehubungan itu,segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Daripada:
………………………………………………
………………………………………………
……………………………………………...
……………………………………………..
Ruj.Tuan:
Ruj.Kami:
SMK.HM.Pk/SL(1)
Tarikh :
Pengetua,
SMK Hutan Melintang,
36400 Hutan Melintang,
Perak Darul Ridzuan.
(U.P: )
Tuan,
SUMBANGAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI(ANUGERAH ALAM SEKITAR) TAHUN 2011-2012
Merujuk seperti perkara di atas,dengan ini pihak kami bersetuju/tidak bersetuju untuk memberikan sumbangan seperti yang dipohon oleh pihak tuan.
2.Kami berharap semoga Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar) sekolah tuan akan mencapai kejayaan yang sewajarnya dengan usaha yang telah ditunjukkan.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
LAMPIRAN
Senarai jenis pokok-pokok dan bunga-bunga yang diperlukan
BIL JENIS POKOK DAN BUNGA
KUANTITI
1 JARUM 40
2 YTT(YESTERDAY,TODAY,TOMORROW
40
3 BUCIDA 10
4 RUELLIA 20
5 FOX (EKOR MUSANG) 10
6 KESENAI 5
7 BUNGA KERTAS 30
8 MERAWAN SIPUT JANTAN 20
9 TIARA PAYUNG 20
10TANJUNG 30
2) SURAT RASMI LESTARI
Ruj.Tuan :
Ruj.Kami
:SMK.HM.Pk/SL(1)
Tarikh :
Kepada,
………………………………………
………………………………………
………………………………………
Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang telah dipilih oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS),Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan sedang melaksanakan Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar) bagi tahun 2011-2012.
3. Untuk pengetahuan pihak tuan,program ini bertujuan membantu sekolah ini memperkukuhkan proses pendidikan alam sekitar iaitu menerapkan kesedaran warga sekolah ini,komuniti setempat,pihak swasta,badan bukan kerajaan(NGO) dan kerajaan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengan Dasar Alam Sekitar Negara.
4. Oleh demikian,pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan untuk memberi sumbangan samada dalam bentuk kewangan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan alam sekitar bagi membiayai kos Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar). Sumbangan pihak tuan dalam bentuk kewangan boleh dibuat dalam bentuk wang pos/cek/tunai kepada KOPERASI SM HUTAN MELINTANG BHD,Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang, 36400 Hutan Melintang,Perak.
5. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Daripada:
………………………………………………
………………………………………………
……………………………………………...
……………………………………………..
Ruj.Tuan:
Ruj.Kami:
SMK.HM.Pk/SL(1)
Tarikh :
Pengetua,
SMK Hutan Melintang,
36400 Hutan Melintang,
Perak Darul Ridzuan.
(U.P: )
Tuan,
SUMBANGAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI(ANUGERAH ALAM SEKITAR) TAHUN 2011-2012
Merujuk seperti perkara di atas,dengan ini kami…………………………………………………
Ingin memberikan sumbangan seperti di bawah:
( ) Tunai bernilai
RM……………………………
( ) Cek bernilai(No.Cek:………………………………..)
RM……………………………
2.Kami berharap semoga Program Sekolah Lestari(Anugerah Alam Sekitar) sekolah tuan akan mencapai kejayaan yang sewajarnya dengan usaha yang telah ditunjukkan.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
3) SURAT TERIMA KASIH
Ruj.Tuan :
Ruj.Kami
:SMK.HM.Pk/SL(1)
Tarikh : 16HB OKT 2011
Kepada,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Teluk Intan,
36000 Teluk Intan
Perak
Tuan,
Merujuk perkara di atas,Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang ingin melahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan atas sumbagan pokok dan bunga yang pihak kami terima baru-baru ini.
2.Justeru dengan sumbangan yang telah pihak kami terima daripada pihak Majlis dapat membantu menjayakan Program Sekolah Lestari.
3. Sehubungan itu,segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Sumbangan BUNGA dan POKOK DARIPADA
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
KEPADA SMK HUTANMELINTANG UNTUK MENJAYAKAN SEKOLAH lESTARI
PADA 12/10/2011
SMK HUTAN MELINTANG
36400 HUTAN MELINTANG, PERAK DARUL RIDZUA
Surat kpd YB
Ain Salsabila binti Jamaludin,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Y.Bhg. Dato’ Shahrum bin Mohd Sharif,
ADUN Kawasan Dengkil,
Rumah Hijau,
KM 4.5 Jalan Banting – Dengkil,
Sepang, Selangor.
3 November 2014
Y.Bhg. Dato’ ,
PERMOHONAN SUMBANGAN DANA BAGI MENJAYAKAN PROJEK PEMBINAAN LAMAN SESAWANG BAGI TAMAN DESA SENTOSA, TERAS JERNANG SELANGOR.
Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk, saya wakil kumpulan ingin memohon sumbangan dana bagi meneruskan projek penubuhan laman sesawang bagi Taman Desa Sentosa yang terletak di Teras Jernang Selangor.
1. Projek penubuhan laman sesawang ini merupakan salah satu projek yang wajib dijalankan oleh setiap pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendaftar Kursus Apresiasi Teknologi Maklumat sebagai salah satu kursus Citra Wajib.
2. Bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan, pihak kami ingin memohon sedikit dana atau tajaan bagi meneruskan projek ini.
3. Bersama-sama dilampirkan kertas kerja projek ini.
4. Kerjasama Y.Bhg. Dato’ bagi membantu kami menjalankan projek ini didahului dengan ribuan terima kasih.
Yang Benar,
…………………………………………..
(AIN SALSABILA BINTI JAMALUDIN)
Miss A at 7:24 AM
Bantuan alat surau
Sumbangan Untuk Bantuan Pembinaan Surau SK Batang Benar
Assalamualaikum, SK Batang Benar memerlukan bantuan kewangan/PA System/Karpet untuk surau mereka. Mohon sumbangan rakan-rakan semua :) Info ada dibawah ni.
https://www.facebook.com/SkBatangBenar
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN / PA SYSTEM / KARPET UNTUK PROJEK PENAMBAHBAIKAN DAN MENGIMARAHKAN SURAU AL-RAUDHAH SK BATANG BENAR
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK Batang Benar sedang melaksanakan Projek
Penambahbaikan dan Mengimarahkan Surau Al-Raudhah SKBB. Anggaran perbelanjaan projek tersebut ialah sebanyak RM 10,800.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu Lapan Ratus Ringgit Sahaja).
3. Sehubungan dengan itu pihak kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan berbentuk kewangan, PA
Sistem ataupun karpet bagi membantu menjayakan projek yang telah dirancang. Sumbangan pihak tuan bolehlah disalurkan seperti butiran di bawah:
NAMA PENERIMA : PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG BENAR
NAMA BANK : MAYBANK BERHAD CAWANGAN MANTIN
NO. AKAUN : 005082104936
4. Jika terdapat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Ustaz Noor Izzuddin Mat Zain ( https://www.facebook.com/NoorIzzuddin ) di talian 019-9333913 . Segala sumbangan dan kerjasama daripada pihak tuan ke arah menjayakan usaha murni ini amatlah kami hargai dan pihak kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Sekian.
‘Usia Akan Berakhir, Pastikan Pahala Terus Mengalir’
June 15, 2012 at
Bantuan rawatan pesakit
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PEMBIAYAAN KOS RAWATAN PESAKIT
Rujukan kami : KPT 02/01/01-X47/2010/2011 (39)
Tarikh : 21 Jamadil Awwal 1432H
Bersamaan : 25 April 2011M
Kepada:-
___________________________________
Assalamualaikum wrt. wbt.
Tuan/Puan/Dato’/Datin,
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PEMBIAYAAN KOS RAWATAN PESAKIT
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan/puan, salah seorang mahasiswa Terengganu di Mesir yang bernamaNoorahmad Hakim bin Ngah @ Mohd Noor, nombor kad pengenalan
[901103-11-5475] dan nombor pasport
[A19074465] telah disyaki mengalami penyakit Guillian Barre Syndrome (GBS) yang menyebabkan beliau terpaksa dimasukkan ke dalam wad kecemasan di Hospital Pakar Universiti Ain Shams selama beberapa hari.
3. Justeru itu, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh pihak hospital, kos rawatan penyakit beliau mencecah LE 17,000 (RM 8,500)
dan berkemungkinan nilai tersebut akan meningkat.
4. Bersama surat ini disertakan beberapa salinan dokumen seperti maklumat peribadi, maklumat pengajian, resit pembayaran dan lain-lain maklumat yang berkaitan.
(Rujuk lampiran)
5. Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan kepada beliau melalui Akaun HSBC bernombor[032085144108] atas nama Noorahmad Hakim bin Ngah @ Mohd Noor atau boleh berhubung terus dengan bapa beliau; Hj. Mohd Noor bin Mamat di talian
[+60199368365] .
6. Segala jasa baik dan perhatian yang diberikan mudah-mudahan akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, wassalam.
“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”
“BERILMU DAN BERAMAL”
Yang menjalankan tugas,
………………t.t……………………..
(ABDULLAH HARIS BIN ZAKARIA)
Setiausaha,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir,
Sesi 2010/2011.
s.k. – Yang Dipertua KPT Mesir
- Fail…
Terbaik pohon sumbangan
Contoh Surat Mohon Sumbangan
Surat mohon sumbangan adalah salah satu jenis yang memerlukan pendahuluan yang baik. Susunan kata-kata yang baik dan menarik haruslah digunakan . Peranan surat mohon kutipan derma ini adalah untuk mendapat simpati si pembaca khasnya. Isi kandungan surat ini perlulah mempunyai rangka yang kukuh dan sesuai digunakan untuk surat jenis mohon dana sumbangan. Contoh surat mohon sumbangan ini adalah salah satu contoh surat memohon sumbangan derma atau dana .
Hj Ayob Bin Abu Seman
A14,Kg ulu Sena,06740
kuala nerang,kedah
15 Oktober 2018
Tuan Pegawai ,
Hj Non Hanifah Bin Hj Adam
Kg Batu Hampar ,lorong jawa
01455 simpang kuala
alor star kedah.
Tuan,
Per: Mohon Sumbangan Derma
Saya menulis surat mohon sumbangan ini sebagai wakil daripada kampung ulu Sena. Sebagai penduduk dan juga wakil kampung , saya merasakan sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga kebajikan kampung dan membantu penduduk yang menghadapi masalah. Hari ini saya ingin menjemput tuan untuk bersama-sama didalam kempen kutipan derma . Ianya adalah bertujuan membantu mangsa banjir lumpur yang telah menjejaskan kehidupan penduduk di kampung ulu sena.
1. Hujan lebat yang berterusan telah mengakibatkan banjir lumpur dan merosakkan beberapa buah rumah penduduk,penduduk amat memerlukan bantuan segera . Inilah sebab kami mengadakan kempen kutipan derma ini. Kami akan menggunakan dana sumbangan ini bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk seperti makanan,pakaian dan membantu membaiki rumah meraka.
Dengan itu,saya amat berharap tuan akan mempertimbangkan untuk hadir ke kempen kutipan derma kami. Dana sumbangan itu akan digunakan secara berhemah dan untuk tujuan yang murni.
Sekian,terima kasih
Yang Benar
……………………..
Hj Ayob Bin Abu Seman
Peruntukan majlis mhsiswa
PERUNTUKAN KEWANGAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA 10/11
Salam Ceria buat semua mahasiswa/wi yang saya hormati sekalian...
Alhamdulillah,hari ini dimulakan dengan sebuah kehidupan yang terasanya sebuah perjuangan yang semakin hari semakin mencabar.
Hari ini,permulaan gerak kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa 2010/2011 dengan mengadakan perbincangan bagi mengira peruntukan yang diperlukan oleh pihak pentadbiran HEP.
Alhamdulillah, surat permohonan peruntukan tersebut adalah seperti dibawah :-
Ruj : (SRT/SU/MPM/INS) 10/11 (02)
Tarikh : 11/OKTOBER/2010
Tuan Haji Abdul Latif Bin Din (AMK, BCK)
Bendahari,
Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
Melalui,
ZOLKEFLI BIN OTHMAN
Dekan,
Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Kolej Universiti Insaniah.
Memohon Peruntukan Kewangan Majlis Perwakilan Mahasiswa Sesi 2010/2011
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, majlis perwakilan mahasiswa (MPM) sesi 2010/2011 memohon peruntukan kewangan daripada jabatan bendahari bagi melicinkan pergerakkan majlis perwakilan mahasiswa bermula (11Oktober2010 sehingga 31Disember2010) sebanyak
RM 25300.00
3. Bersama ini, dilampirkan senarai pendek program-program yang akan dijalankan mengikut perancangan yang telah disediakan.
4. Justeru itu, pihak kami amatlah berharap agar tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini untuk diluluskan. Segala perhatian dan kerjasama didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira.
Sekian, terima kasih.
“Bersama Menjulang Thaqafah, Menuntut Amal, Mencetus Perubahan”
Yang menjalankan tugas,
MOHD FAIZ BIN MOHD ARSHAD
Presiden,
Majlis perwakilan mahasiswa (MPM)10/11
Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
Alhamdulillah,peruntukan berjaya diperolehi dan ini adalah peruntukan yang terbaik untuk Majlis Perwakilan Mahasiswa melaksanakan program untuk pengisian kerohanian semua mahasiswa/wi Kolej Universiti Insaniah.
Justeru,saya menyeru pada semua mahasiswa/wi untuk melibatkan diri dengan proaktif dalam semua program-program Majlis Perwakilan Mahasiswa yang akan diadakan nanti..
Akhir kalam,semoga kita semua diberi rahmat oleh Allah taala dalam berjuang di jalan Allah..
Sekian, Terima Kasih.